Saturday 11 November 2017

Larian Amal Run For You UTHM 5km (11.11.2017)

Terjebak masuk larian kat UTHM Batu Pahat pulak...setelah habis event berbincnag dgn suami..tak sesuai lagi dah join event kat sini. First & last lah ni hahahaha....Sebab? Jauh. double back journey bila nak hantar anak ke rumah neneknya kemudian datang sini, patah balik semula ke rumah nenek..eh..memang lebih kurang 100km pergi balik. Sangatlah tak practical....Better join runs di JB sebab one way sahaja rumah nenek nya pun otw ke JB..lebih kurang 70km return.

Parking senang, urusan ambil baju dan bib senang. Taaaapiii...

Flag off sangatlah lambat..memang dah rasa nak marah dah. Ikutkan iklan flag off 7.30 pagi. Tak pasti apa yang ditunggu2 oleh organiser ( mahasiswa uni ni jugak lah- Persatuan Himpunan Mahasiswa Kelantan- sy join sebab support lah kan..sama negeri hahahaha). Kejap kata tunggu VIP..kejap kata tunggu instruktor senamrobik - which is..akhirnya tak muncul2. Crowd dah mula meringsa...Dalam jam 8.45 baru kami dilepaskan ! Jam 9 pagi, matahari dan mula meninggi. Bukan komplen panas, tapi cuaca agak terik dan peserta terdedah dengan dehydration atau pitam. Mujur lah 5km je. Kalau 10 km , konfem kami pergi kaunter, ambik medal je terus balik! ( marah punya pasal ni).

Masa lari, marker agak bagus sebab pelajar-pelajar ( urusetia) yang jadi marker setiap checkpoint. Risau jugak sesat kan, tak biasa lari di sini. Selesai lari...adik2 mahasiswa bukak gerai air sarsi, air sejuk kosong dan air anggur. Ok..sejuk sikit hati mak. Bertambah sejuk lagi...dapat 3rd place dan berjaya maintain pace baru iaitu pace 6 :).. agak sukar nak maintain sebab minggu ni cuma berpeluang 2x training lari shj...harap-harap bila join 10km nanti boleh lah kekalkan pace ni, amin . 

Sampai kat stadium UTHM jam 7 pagi.Mula-mula rasa wah bestnya lari di pagi yang sejuk..berkabus.
8.45 pagi...Pelepasan peserta lelaki. Flag off lambat tapi agak sistematik sebab takde lah kelam kabut tercampur lelaki perempuan..( di UTM pernah berlaku peserta perempuan gatai pi lari masa flag off lelaki..konon nak cepat abis lah tu)

Menunggu penyampaian hadiah. Strategi bijak organiser - semua tak boleh dapat medal selagi hadiah belum di sampaikan...hahahaha( kalau bagi awal2 kang stadium kosong lak)

Member hubby, Rofi dapat tempat kedua kategori lelaki..selesai lari dalam 20 minit!

3rd place woman... 27 minit :) tapi tak cukup 5km pun route nya (4.6km je)..so takleh nak kata PB lah.


Kenapa yek bila ambil gambar medal mesti nak gigit??hahahaha

Sebelum flag off rasa panasss...ok lepas lari dah sejuk..

No comments:

Post a Comment