Monday 21 November 2016

Kek Coklat Supermoist


Sungguh produktif minggu ini. Tiga hari berturut -turut baking hahaha...mula nya Aisy kata nak tolong tapi malam masa buat ni dia tertido pulak.....

Kek ni dibuat sebab nak sambut birthday anakanda yang kedua, Aisy.Birthday nya jatuh pada 6 Disember, tapi sebab dia nak sambut dengan kawan-kawan tadika, maka kita buat awal..minggu ni kan last sekolah, lepas tu cuti panjang. Saya dah guna resipi ni sejak berumur 13 tahun. Nampak tak, versatile dan evergreen nye resepi ni hahahahaha... serta merta kenangan membuat dan membakar kek dengan kakak ( masa tu kakak form 5) terbayang di mata. Dan juga saya pernah bawa kek ni ke sekolah untuk jamuan akhir tahun form 3.Ditempah oleh rakan-rakan sekelas..hihi.

KEK COKLAT SUPERMOIST

Bahan2:
1 buku (250gm) mentega ( saya guna emborg, tatura atau scs pure butter- reminder buttercup bukan mentega ya)
1 cawan gula castor ( boleh guna brown sugar yang dikisar atau secawan madu organik- kos tinggi sikit dan lebih moist!)
6 biji telur
1 camca teh esen vanilla/or vanilla extract
1.5 cawan air
(tolong guna cawan bersaiz sama utk suka semua bahan2)
Bahan ayak: 2.5 cawan tepung naik sendiri, 1 cawan serbuk koko

Topping coklat:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis ( sy gantikan dengan whipping cream dan tambah madu atau gula sebab whipping cream tak manis- kos tinggi sikit )
1/2 cawan minyak masak atau minyak sayuran lain
1/2 camca teh esen vanilla
{campurkan semua bahan di atas dalam periuk kecil - masak secara double boiler, kacau adunan topping hingga berkilat)

Cara2:
1. Panaskan oven ke 160 darjah celcius dan on kan selama 10 minit.

2. Pukul mentega dengan gula hingga putih .


3.Masukkan telur sebiji demi sebiji.




4.Masukkan esen vanilla

5.Masukkan tepung + koko diayak tadi berselang seli dgn air hingga habis.(masuk tepung - pukul sebati-masuk air-pukul sebati - ulang smpi habis)



6. Lengser loyang dengan butter, tuang adunan kek.




7.Bakar pada suhu 160darjah celcius(atas dan bawah) selama 1 jam.Cucuk tgh kek lepas 1 jam, kalau belum masak, tambahkan 10 minit lagi.

Biarkan kek dalam oven lebih kurang 10-15 minit selepas siap utk cooling down. Kalau keluarkan terus ada potensi merekah sebab kek panas disentuh udara suhu bilik ecececeh..ni tips ye...agak dah suam sikit, keluarkan kek biar ke suhu bilik sebelum nak keluarkan dari loyang(saya biarkan dalam 2-3 jam dlm suhu bilik) - kek ni moist dan berat so potensi utk pecah tu sangat tinggi kalau korang tak nyabo. heheheh.Hias dengan topping coklat.Sejukkan dalam fridge selama 3-4 jam sebelum dihidang.

Rupa kejadian setelah disejukkan ke suhu bilik dan ditelangkupkan dalam bekas kaca...sebelum letak topping





No comments:

Post a Comment