Sunday 1 January 2017

Projek Penambat Pensel Warna

Buat projek ni untuk Aisy, untuk mengelakkan kehilangan pensel kaler atau tertukar..cikgu tadika kata, sebakul ada kaler budak-budak ni..sejak zaman E-ein tahun 2013 lagi hahahaha...

Dalam pembikinan...

Tak sampai 20 minit dah siap...reben kosong dan selotep (cari yang lekat kuat-selotep binding buku pun boleh) beli kat kedai barang pengantin... tak sempat gi Mr DIY untuk beli selotep colourful.
Tutorial nya saya jumpa di FB Siti Rohana Ismail.

1.Tutorial penambat pensel warna.(saya tak ambil gambar step by step...pinjam gambar post asal lah ye)

Sediakan bahan reben secukupnya
Selotape beli kt diy, kuat gamnye...rege tk tau adik belikan
Pensel warna
Gunting
Ring kunci

Kalau tkde selotep diy tu boleh pakai selotape yg org binding buku..tape kain tu ada warna warni


2. Lekatkan macam dalam gambar






3. Panjang reben, ikut keselesaan untuk anak mewarna...

 


4.Masukkan pada ring kunci dan selotep di reben-reben tu.

5.Siap...boleh hias atau letak nama dan simpan dalam pencil case.

No comments:

Post a Comment