Saturday 25 April 2015

Mendaki Gunung Pulai

Eh...dah bosan berjogging...meh la kita daki gunung pulak...hhehehe..training to build stamina dan ketahanan badan serta kaki untuk mendaki....ehem... i save that story for later...

Sedikit info Gunung Pulai, Pontian, Johor:

"GUNUNG PULAI setinggi 2147 kaki atau <>700 meter ini terletak dalam Daerah Pontian, Johor. Gunung Pulai merupakan satu-satu gunung yang tiada trek hutan untuk ke puncak. Di puncak gunung terdapat Menara Pemancar Telekomunikasi, jadi sebatang jalan bertar dibina untuk ke puncak gunung. Oleh itu untuk mendaki Gunung Pulai hanya perlu mengikut jalan yang disediakan itu dan tidak perlu bersusah payah menebas semak samun. Untuk ke Gunung Pulai, pendaki perlu memandu keluar Lebuhraya Plus arah ke Kulai, kemudian masuk ke jalan Pontian atau Pekan Nenas sehingga jumpa Kampung Seri Gunung Pulai. Itulah jalan masuk ke Gunung Pulai, ikut terus jalan tersebut hingga tiba ke kawasan Perkelahan Air Terjun Gunung Pulai. 

Di sini terdapat 4 tingkat air terjun dan yang paling tinggi tingkat ke-3, setinggi lebih 150 kaki. Untuk ke puncak gunung, pendaki boleh meletakkan kenderaan di tempat meletak kereta air terjun. Dari sini pendaki boleh mendaki melalui jalan tar ke puncak sejauh 5 km yang mengambil masa antara 1 setengah jam hingga 2 jam. Anda akan sampai di satu kawasan viewpoint pada aras 1800 kaki.Dari situ jika cuaca baik anda akan dapat melihat Selat Melaka dan Pulau Pisang berhampiran Bandar Pontian Kecil. Puncak sebenar Gunung Pulai terdapat Menara Stesen Telekomunikasi yang dikawal oleh tentera, pendaki tidak dibenarkan masuk. Dari puncak tertinggi pendaki boleh melihat Bandar Kulai dengan jelas pada arah Timur."

Ok..since aku ke sana memang niat nak mendaki...maka...tak ada pun jenguk air terjun yang diberitakan....memang betul2 nak jungle trekking plus naik gunung. Hubby dah selalu ke sini , dalam 4-5 kali kot..aku pulak first time... but it was fun, and I'd love to do it again & again! Mungkin lepas ni nak jelajah gunung2 lain di Johor ni...yang kecik2 dulu eheh...Info lain..dulu kawasan Gunung Pulai ni terjaga rapi dan popular spot untuk berkelah..tapi sejak peritstiwa tanah runtuh dan banjir lumpur tahun 2000 kalau tak silap...kawasan ni telah ditutup.Tapi ramai gak degil panjat gunung ni..termasuk kami eheh...pagar sebenarnya dikunci..tapi...boleh menyusup masuk di tepi pagar...

Bertolak dari rumah mertua: 6.00 pagi lepas solat subuh
Masa mula mendaki: 7.00 pagi
Tiba di puncak(menara): 9.00 pagi ( beberapa kali rehat 1-2 minit sebab ambil nafas hehehe)
Rehat 10 minit di puncak sambil ambil nafas.
Tiba di kaki gunung: 10.30 pagi (berlumba jogging dgn hubby hehehehe)
Tiba di rumah mertua : 11.05 pagi

Masih agak gelap..redup2 je cuaca pagi...7 pagi

Posing jap...

Trek hutan yang agak unexplored...ramai yang guna trek tar...

Bodyguard aka guide I jauh ke depan..beberapa kali duk cakap kat dia..slow la sikit hahahahaha



Asyik amik gambar je..hubby bising..bila nak sampai atas ni hahahahahha

Makin lama makin mencabar...agak licin plus aku pakai sport shoes bukan hiking shoes.



Lebih kurang20 minit nak ke puncak..ada hammock sebelah batu besar. Tempat berehat.

Sempat lagi main tenet hahahahaa...
Selfie sebelum meneruskan perjalanan.....with my boypren hahahah

Subhanallah.... sangat berangin di sini...hilang rasa penat...


Meneruskan perjalanan..laluan makin sempit dan meninggi...
Menghampiri puncak...baliksemula ke trek tar...

Sampai sudah...

Menara yang dimaksudkan....ada pengawal /askar sedang jaga.Oh my....otw turun rasa nak guling2 ke bawah je sebab kaki dah lenguh hehehehe...

To be continued.... later !

Wednesday 22 April 2015

Bila sakura berguguran....

Sorry again..lambat posting...sebenarnya musim sakura ni dah lama habis dah...sebelum pertengahan April lagi....ni baru berkesempatan nak post gambar-gambar bunga yang gugur....i took this pic while jogging during weekend....

Lepas subuh dah sampai...gelap lagi...


Subhanallah....managed to capture this beautiful sun rise...
Berkabuss....



Nice...huh? :)

Saturday 11 April 2015

Sakura Malaysia..versi 2015

Ingat tak aku pernah post tentang bunga seakan2 sakura ni last year?...here they are again...pada penghujung March semua pokok-pokok ni berbunga serentak di sekitar Kluang...subhanallah....sempat snap gambar je tapi tak sempat bawa anak-anak2 guling2 kat area bunga2 ni especially yang di taman-taman...





Tuesday 7 April 2015

Bila gather together ... Batch DVM 2004

Baru -baru ini aku berpeluang menyertai 27th Conference of Veterinary Association Malaysia ( 23 -26 Mac 2015) di Hotel Royale Chulan selama 4 hari...selain dapat menambah ilmu..dapat berkumpul dengan 14 orang dari 75 orangx- classmate Doctor of Veterinar Medicine year 2004.Wow..it has been 11 years! Macam - macam lah dibualkan..ada yang long lost ..lama tak jumpa..ada yang selalu berhubung sblm conference ni lagi..anyway..we had fun together yeay!Macam kanak-kanak riang dah bila berkumpul.. T_T